Urus aset lebih mudah.
Rekod lebih diyakini.
Daripada penerimaan barang hingga audit tahunan — daftar aset & inventori, jana QR/Barcode, guna Katalog Pintar, bekerja secara offline dan hasilkan laporan daripada satu platform yang kemas.
Ringkasan Aset
Baik Servis Semakan
Penghawa Dingin
No. Siri · Z1/MSA/A/26/1Lebih daripada daftar aset — satu ruang kerja lengkap untuk operasi masjid.
Sistem dibina untuk memudahkan pegawai yang tidak semestinya mahir teknologi: cari barang, ikut cadangan, simpan bukti dan teruskan kerja walaupun talian tidak stabil.
Taip barang, sistem bantu isi.
Cari seperti laptop, aircond atau speaker. Nama standard, kategori dan sub kategori boleh dicadangkan secara automatik.
QR, Barcode atau Hybrid
Pilih jenis kod dan saiz sticker. Barcode Code 128 membawa No. Siri Pendaftaran, manakala QR memudahkan akses melalui telefon.
Kerja lapangan lebih tahan gangguan
Sediakan halaman, katalog dan Audit Offline. Perubahan disimpan pada peranti dan disegerakkan apabila aplikasi aktif semula.
Aset, Inventori & Barang Luak
Urus aset bernilai, inventori serta Barang Luak/Kad Petak tanpa bercampur aliran kerja.
Peti Masuk & Push Notification
Sampaikan makluman platform atau dalaman masjid dan gunakan Push Telefon apabila pelan menyokongnya.
Trial fleksibel ikut pelan
Tempoh percubaan datang terus daripada tetapan pelan. Pelanggan boleh cuba tanpa bayaran dan memilih untuk melanggan kemudian.
Daripada barang sampai hingga laporan — aliran kerja kekal tersusun.
Setiap modul berkongsi data yang sama supaya pegawai tidak perlu menaip perkara yang sama berulang kali dan rekod lebih mudah dijejak.
Daftar rekod dengan identiti yang konsisten.
Simpan keterangan, kategori, sub kategori, Kod Nasional, lokasi, nilai, gambar, pembekal dan butiran lain. No. Siri Pendaftaran boleh digunakan terus pada label QR/Barcode.
Penerimaan Lampiran L
Rekod barang diterima, kuantiti, perselisihan, kerosakan dan pautkan item penerimaan kepada pendaftaran aset/inventori.
Penyelenggaraan
Rekod servis, kos, tarikh, status dan tindakan susulan supaya sejarah setiap aset tidak hilang.
Pemeriksaan & Audit
Cipta sesi audit, scan kod, rekod keputusan, gambar bukti dan penemuan sebelum laporan akhir disediakan.
Stok & Barang Luak
Gunakan Kad Petak untuk rekod penerimaan, pengeluaran dan baki barang guna habis atau stok operasi.
Borang & Rekod
Jana Lampiran M/M1, N/N1, senarai daftar, Kad Petak serta laporan apabila diperlukan daripada data sumber yang sama.
Peranan Pengguna
Bezakan Pentadbir Masjid, Pegawai Aset & Inventori, Pemeriksa dan akses lain mengikut tanggungjawab.
PWA & Portal Khas
Gunakan melalui desktop atau telefon, pasang sebagai PWA dan sediakan alamat portal yang lebih mudah untuk organisasi.
Mudah untuk pegawai. Lengkap untuk pengurusan.
Empat langkah utama membawa barang daripada penerimaan kepada rekod, operasi dan audit yang boleh disemak semula.
Terima & periksa
Rekod penerimaan, dokumen dan keadaan barang melalui Lampiran L apabila berkenaan.
Pilih & daftar
Gunakan Katalog Pintar untuk membantu Keterangan, Kategori dan Sub Kategori.
Label & urus
Hasilkan QR/Barcode, tetapkan lokasi dan rekod penyelenggaraan sepanjang hayat aset.
Audit & lapor
Periksa aset di lapangan, simpan bukti dan jana laporan daripada rekod yang sama.
Internet lemah tidak semestinya menghentikan kerja.
Sediakan data penting lebih awal, jalankan Audit Offline dan semak perubahan yang menunggu penyegerakan apabila talian kembali stabil.
Perubahan pada peranti
Katalog Pintar tersedia offline
Borang audit telah disediakan
Gambar dikecilkan sebelum disimpan
Cari dengan bahasa biasa.
Pegawai tidak perlu menghafal struktur kategori. Cari item, pilih cadangan, kemudian semak klasifikasi yang diisi.
Satu rekod, tiga cara untuk diimbas.
Pilih QR untuk telefon, Barcode Code 128 untuk pengimbas, atau Hybrid apabila anda mahu kedua-duanya pada satu label.
Audit yang lebih cepat, tersusun dan mudah dibuktikan.
Setiap aset boleh diperiksa melalui QR. Rekodkan keputusan, lokasi sebenar, keadaan, catatan dan gambar tanpa terus mengubah rekod asal.
- Progress audit secara langsung
- Gambar bukti pemeriksaan
- Penemuan perlu disahkan
- Laporan akhir boleh dicetak
Projektor DewanZ1/MSA/A/26/3 · Dijumpai & Baik
Penghawa DinginZ1/MSA/A/26/1 · Perlu Penyelenggaraan
Kerusi LipatZ1/MSA/I/26/8 · Lokasi Berubah
Pilih mengikut skala pengurusan masjid.
Harga, had pengguna, aset dan fungsi dipaparkan terus daripada tetapan pelan semasa.
Asas
Sesuai untuk masjid kecil yang mahu mengurus aset secara tersusun.
- Pendaftaran & QR aset
- Kategori dan lokasi
- Penyelenggaraan
- Lampiran L · Penerimaan
- Laporan asas
- PWA mesra telefon
- Laporan dijana apabila diperlukan
Profesional
Pelan paling sesuai untuk operasi masjid aktif dengan automasi dan laporan lebih lengkap.
- Semua fungsi Pelan Asas
- Offline sync
- E-mel laporan
- Analitik lanjutan
- Audit penuh
- Sinkronisasi luar talian
- Laporan melalui e-mel
Korporat
Untuk organisasi besar atau rangkaian masjid yang memerlukan kapasiti dan integrasi berskala besar.
- Semua fungsi Pelan Profesional
- Aset & pengguna tanpa had
- Storan lebih besar
- Sedia penjenamaan khas
- Keutamaan integrasi API
- Sinkronisasi luar talian
- Laporan melalui e-mel
Kurangkan kerja mencari. Tingkatkan keyakinan pada rekod.
Semakan lebih pantas
Cari aset berdasarkan kod, nama, kategori atau lokasi tanpa menyelongkar fail fizikal.
Audit lebih boleh dibuktikan
Status pemeriksaan, pegawai, masa dan gambar bukti direkod dalam sesi audit.
Laporan lebih kemas
Maklumat yang telah direkod digunakan semula tanpa menaip berulang kali.
Mulakan pengurusan aset yang lebih tersusun hari ini.
Cuba Profesional selama 30 hari tanpa bayaran sekarang, atau pilih pelan lain yang lebih sesuai.
Mahukan demo, sebut harga atau mahu bertanya dahulu?
Isi borang ringkas ini. Sistem akan terus membuka WhatsApp dengan mesej yang sudah disusun supaya lebih cepat dan mudah untuk dihantar kepada pentadbir.
- Permintaan demo sistem
- Pertanyaan pakej langganan
- Soalan fungsi dan penggunaan
- Respon pantas melalui WhatsApp
Perkara penting sebelum bermula.
Jawapan ringkas tentang trial, offline, label dan penggunaan sistem.
Bagaimana percubaan percuma berfungsi?
Tempoh trial mengikut nilai Hari Percubaan yang ditetapkan pada setiap pelan. Jika trial tersedia, anda boleh mendaftar tanpa bayaran dan memilih untuk melanggan kemudian. Apabila trial tamat, data tidak dipadam dan akses akan menjadi terhad sehingga langganan diaktifkan.
Adakah sistem boleh digunakan melalui telefon?
Ya. Paparan direka responsif dan boleh dipasang sebagai Aplikasi Web (PWA) pada peranti yang menyokongnya.
Apa yang boleh dibuat apabila internet terputus?
Jika pelan menyokong Offline Sync dan persediaan dibuat semasa online, halaman/data terpilih, Katalog Pintar serta Audit Offline boleh digunakan. Perubahan yang disokong disimpan pada peranti dan cuba disegerakkan apabila aplikasi aktif semula serta internet tersedia.
Apa beza QR, Barcode dan Hybrid?
QR sesuai untuk akses melalui telefon, Barcode Code 128 sesuai untuk pengimbas barcode dan membawa No. Siri Pendaftaran, manakala Hybrid menggabungkan kedua-duanya pada satu sticker apabila ruang label mencukupi.
Adakah borang rasmi berubah apabila dicetak?
Rekod diisi secara digital dan borang Lampiran L, M/M1, N/N1 serta senarai daftar dijana semula berdasarkan data yang direkodkan dalam sistem.
Bagaimana audit aset dijalankan?
Pegawai boleh mencipta sesi audit, mengimbas kod aset, merekod keputusan serta gambar bukti dan menyimpan penemuan untuk semakan/laporan.
Adakah Katalog Pintar menentukan Kod Nasional secara automatik?
Tidak. Katalog Pintar membantu nama item, kategori dan sub kategori. Kod Nasional kekal perlu dipilih atau disahkan melalui katalog rujukan yang digunakan supaya kod rasmi tidak direka secara automatik.
Adakah setiap masjid boleh mempunyai portal sendiri?
Ya. Sistem menyokong alamat portal khas untuk memudahkan pengguna masuk ke ruang pengurusan masjid mereka.